Pada tanggal 24 Oktober 1945, Persatuan Bangsa-Bangsa (PBB) secara resmi
didirikan untuk menggantikan Liga Bangsa-Bangsa. Para wakil dari
negara-negara Sekutu pada Perang Dunia Kedua, yaitu AS, Soviet, Inggris,
dan Perancis, dalam perundingan-perundingan selama perang tersebut
telah memulai persiapan pendirian PBB ini. Akhirnya, dalam konfrensi di
San Fransisko, Amerika, para wakil dari 50 negara-negara dunia
menandatangani piagam pembentukan PBB.
PBB bermarkas tetap di New
York. Tujuan utama didirikannya PBB, seperti yang disinggung dalam
piagam PBB, adalah untuk menjaga perdamaian di dunia, mengembangkan
hubungan persahabatan antar bangsa, memupuk kerjasama internasional
untuk menyelesaikan berbagai masalah ekonomi, sosial, dan budaya, serta
mengembangkan penghormatan atas Hak Asasi Manusia dan kebebasan.
Tak
dapat disangkal bahwa PBB telah melakukan banyak hal yang patut dipuji.
Namun, adanya hak veto untuk lima negara anggota tetap Dewan Keamanan,
yaitu AS, Rusia, Inggris, Prancis dan China, telah membuat kebijakan
Dewan Keamanan sebagai salah satu badan utama PBB, selalu mengikuti
langkah kelima negara tersebut, khususnya AS. Sebaliknya, Majlis Umum
yang menjadi forum seluruh anggota PBB justeru tidak memiliki kekuatan
yang berarti dibanding dengan Dewan Keamanan. Ketidakadilan inilah yang
telah menghambat keberhasilan PBB dalam mengemban misinya, dan bahkan
telah melahirkan protes dari banyak negara anggotanya.
Piagam PBB
adalah konstitusi PBB. Ia ditanda tangani di San Francisco pada tanggal
26 Juni 1945 oleh kelima puluh anggota asli PBB. Piagam ini mulai
berlaku pada 24 Oktober 1945 setelah ditandatangani oleh lima anggota
pendirinya-Republik China (Taiwan), Perancis, Uni Soviet, Britania Raya,
Amerika Serikat -dan mayoritas penanda tangan lainnya. Sebagai sebuah
Piagam ia adalah sebuah perjanjian konstituen, dan seluruh penanda
tangan terikat dengan isinya. Selain itu,
Piagam tersebut juga
secara eksplisit menyatakan bahwa Piagam PBB mempunyai kuasa melebihi
seluruh perjanjian lainnya. Ia diratifikasi oleh AS pada 8 Agustus 1945,
yang membuatnya menjadi negara pertama yang bergabung dengan PBB.
tujuan PBB
Memelihara perdamaian dan keamanan dunia.
Mengembangkan
hubungan persahabatan antarbangsa berdasarkan asas-asas persamaan
derajat, hak menentukan nasib sendiri, dan tidak mencampuri urusan dalam
negeri negara lain.
Mengembangkan kerjasama internasional dalam memecahkan masalah-masalah ekonomi, sosial, budaya, dan kemanusiaan.
Menyelesaikan perselisihan dengan cara damai dan mencegah timbulnya peperangan.
Memajukan
dan menghargai hak asasi manusia serta kebebasan atau kemerdekaan
fundamental tanpa membedakan warna, kulit, jenis kelamin, bahasa, dan
agama.
Menjadikan pusat kegiatan bangsa-bangsa dalam mencapai kerja sama yang harmonis untuk mencapai tujuan PBB.
asas PBB
Persamaan derajat dan kedaulatan semua negara anggota.
Persamaan hak dan kewajiban semua negara anggota.
Penyelesaian sengketa dengan cara damai.
Setiap anggota akan memberikan bantuan kepada PBB sesuai ketentuan Piagam PBB.
PBB tidak boleh mencampuri urusan dalam negeri negara anggota.
Struktur organisasi
Piagam PBB menguntukkan enam alat yang utama, iaitu:
Perhimpunan Agung
Majlis Keselamatan
Majlis Ekonomi dan Sosial
Majlis Peramanahan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
Sekretariat
Bagaimanapun,
terdapatnya juga banyak agensi khas untuk tujuan-tujuan yang tertentu.
Untuk nama agensi-agensi PBB yang lain, sila lihat bahagian: Senarai
badan-badan PBB yang lain.
1.Perhimpunan Agung
Perhimpunan
Agung PBB (GA) terdiri daripada kesemua ahli-ahli pertubuhan ini dan
bertemu setiap tahun di bawah seorang presiden yang dipilih daripada
wakil-wakilnya.
Sebagai alat PBB tunggal yang diwakili oleh
kesemua ahli, Perhimpunan ini bertindak sebagai forum untuk ahli-ahlinya
membincangkan persoalan undang-undang antarabangsa serta membuat
keputusan tentang pengendalian pertubuhan ini.
2 Majlis Keselamatan
Majlis
Keselamatan UN merupakan alat yang paling berkuasa dalam PBB. Ia
bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara
negara-negara. Sedangkan alat-alat PBB yang lain hanya membuat cadangan
kepada kerajaan ahli-ahli, Majlis Keselamatan mempunyai kuasa di bawah
Piagam PBB untuk memutuskan mana satu kerajaan ahlinya harus
melaksanakan keputusannya.
Keputusan-keputusan Majlis Keselamatan
digelarkan "Ketetapan Majlis Keselamatan PBB". Ahli-ahli Majlis
Keselamatan bergilir-gilir memegang jawatan pengerusi setiap bulan.
3 Majlis Ekonomi dan Sosial
Majlis
Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB membantu Perhimpunan Agung untuk
mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial
antarabangsa. ECOSOC mempunyai 54 ahli yang dipilih oleh Perhimpunan
Agung untuk tempoh tiga tahun. Walaupun setiap ahli PBB berlayak untuk
dipilih, ahli-ahlinya sentiasa menyokong ahli-ahli daripada negara
"Dunia Pertama".
Presiden ECOSOC dipilih untuk tempoh satu tahun
daripada kalangan ahlinya yang merupakan kuasa kecil ataupun tengah.
ECOSOC bertemu setiap tahun pada bulan Julai untuk sidang selama empat
minggu. Sejak 1998, ia telah mengadakan lagi sebuah mesyuarat pada
setiap April untuk bertemu dengan menteri-menteri kewangan yang
mengetuai jawatankuasa utama dalam Bank Dunia dan Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF).
ECOSOC berfungsi dengan cara yang serupa
dengan organ-organ PBB yang lain, termasuklah mengumpul maklumat,
menasihatkan ahli-ahli negara, dan membuat cadangan. Tambahan pula,
ECOSOC adalah di dalam kedudukan yang baik untuk memberikan polisi
kepaduan dan menyelaraskan fungsi-fungi badan-badan subsidiari PBB yang
bertindih; dimana dalam peranan ini bahawa ia amat giat.
4 MAJELIS PERWALIAN
Majlis
Peramanahan PBB telah ditubuhkan untuk membantu memastikan bahawa
wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan
kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan
antarabangsa. Kini, kesemua wilayah amanah ini — kebanyakannya merupakan
mandat Liga Bangsa-bangsa ataupun wilayah yang diambil daripada
negara-negara yang ditewaskan pada akhir Perang Dunia II — telah
memperoleh kerajaan sendiri ataupun kemerdekaan, baik sebagai negara
tersendiri, mahupun melalui penggabungan dengan negara jiran yang
merdeka. Palau merupakan wilayah yang terakhir, dan telah menjadi ahli
PBB pada Disember 1994.
Selepas misinya telah siap, Majlis
Peramanahan menggantungkan operasinya pada 1 November 1994, dan walaupun
ia masih wujud pada kertas, penghapusannya yang rasmi memerlukan
penyemakan Piagam PBB. Bagaimanapun, pada Mac 2005, Setiausaha Agung
Kofi Annan mencadangkan reformasi yang meluas, termasuknya penghapusan
Majlis Peramanahan.
5 Mahkamah Keadilan Antarabangsa
Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (dikenali dalam bahasa basahan sebagai "Mahkamah
Dunia" atau ICJ} merupakan alat kehakiman yang utama untuk PBB. Ia
ditempatkan di Peace Palace, Hague, Belanda.
Ditubuhkan pada
tahun 1945, Mahkamah ini merupakan waris kepada Mahkamah Keadilan
Antarabangsa. Mahkamah ini harus tidak dikeliru dengan Mahkamah Jenayah
Antarabangsa (Belgium) yang juga mempunyai kuasa "sejagat". Bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis merupakan bahasa rasminya.
Fungsi-fungsi
utamanya adalah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang
diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang
soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan
agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa. Bilangan keputusan yang
dibuat oleh ICJ masih tidak banyak, tetapi terdapatnya kesanggupan yang
lebih besar untuk menggunakan Mahkamah ini sejak tahun-tahun 1980-an,
khususnya di kalangan negara-negara membangun. Bagaimanapun, Amerika
Syarikat telah menarik diri daripada bidang kuasa wajib pada tahun 1986,
dan kini hanya menerima keputusan mahkamah mengikut budi bicaranya.
6 Sekretariat
Sekretariat
PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dibantu oleh sekumpulan
kakitangan awam antarabangsa. Piagam PBB mensyaratkan bahawa
kakitangannya dipilih daripada kawasan-kawasan yang meluas di seluruh
dunia. Setiausaha Agung seorang diri sahaja bertanggungjawab memilih
kakitangan.
Sekretariat PBB membekalkan kajian, maklumat dan
kemudahan yang diperlu oleh badan-badan PBB untuk mesyuarat mereka. Ia
juga melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan,
Perhimpunan Agung, Majlis Ekonomi dan Sosial, dan badan-badan PBB yang
lain. Tugas-tugas Setiausaha Agung termasuk membantu menyelesaikan
pertikaian antarabangsa, mentadbirkan operasi penjagaan keamanan,
mengatur persidangan antarabangsa, mengumpul maklumat tentang
pelaksanaan keputusan-keputusan Majlis Keselamatan serta berunding
dengan kerajaan ahli-ahlinya terhadap pelbagai langkah yang dimulakan
oleh PBB.
PERANAN PBB
Di mana peran PBB sebagai
institusi internasional yang paling bertanggung jawab atas perdamaian
dan stabilitas percaturan politik internasional? Mengapa PBB tidak
pernah mampu mengambil alih kasus internasional yang melibatkan
negara-negara kuat di dalamnya? Sebagai institusi internasional
terbesar, PBB bertugas menjaga stabilitas internasional yang terwujud
dalam tiga hal: peningkatan perdamaian; penciptaan perdamaian; dan
pemeliharaan perdamaian. Kenyataannya, tugas itu kerap menghadapi
hambatan yang justru datang dari anggotanya sendiri. Dalam kasus yang
berkait dengan negara yang memiliki power relatif lemah, peran PBB
terlihat amat menonjol dan kuat. Tetapi dalam menghadapi aksi negara
kuat, PBB justru sebaliknya, terlihat lemah tidak berdaya. Ini terjadi
karena dalam hubungan internasional, pembangunan dan pelaksanaan suatu
hukum, kaidah, dan tata aturan berbagai kesepakatan lembaga
internasional, selalu mengalami aneka hambatan dan ketidak-efektivan
karena terhadang batasan kedaulatan setiap negara atau tidak adanya
lembaga internasional otoritatif yang berkompeten dalam pengaturan
sistem internasional. Segala norma dan institusi internasional seolah
mandul tidak berdampak serius terhadap para defector, terutama
negara-negara yang memiliki power relatif besar. Hukum internasional dan
berbagai norma organisasi internasional banyak ditaati, tetapi
negara-negara besar dapat melanggarnya jika mereka mau tanpa ada sanksi
berarti dari negara-negara lain atau PBB sekalipun. Dengan nada
mengejek, Stalin menganalogkan PBB seperti Paus, tidak memiliki pasukan
militer sendiri serta perindustrian untuk menghasilkan berbagai
komoditas yang dapat digunakan guna mengubah kebijakan eksternal maupun
internal suatu negara.
ADS HERE !!!